Bismillah
Macam biasa pagi ni Tok Kadi Pasir Mas yang jadi imam solat subuh.Lepas solat subuh ada tazkirah lebih kurang 20 minit.Tak lama sangat tapi sungguh menarik hati sekali.Bersihkan hati kita dari perasaan benci kepada orang lain.Saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan saling sayang menyayangi antara jiran-jiran.Inilah intipati tazkirah Tok Kadi.Budak-budak pun ramai juga datang solat Subuh tapi ramai juga yang tidur.Tak apalah...besar nanti fahamlah...tanah pun sudah mula terang...ayam betina dengan anak-anaknya berlari-lari mencakar-cakar tanah.kiok-kiok,koke-koke,chip-chip...ajak-ajak ayam...nenek menaburkan hampas kelapa semalam.Adik..tolong ambil melukut di belakang pintu boleh?Boleh saja nek...nak banyak mana nek?Mmmm...bawa ke sini semualah...nanti kalau makcik Yah datang esok kita beli melukut baru.Kru ku ku ku kru ku ku ku...nenek panggil ayam...ada seekor ayam warna perang gemuk betul...geram adik tengok...khusyuk dia makan melukut berhampas kelapa...sedap agaknya...nenek karai air di telaga...isikan dalam botol air ayam...sruut..sruut...ayam-ayam itu minum sambil mendongakkan kepalanya...bergerak-gerak temboloknya...menelan air...tunduk lagi minum air...nenek naik ke jemoran nibong.Nenek ambil baldi merah,diisikan dengan parang.Kemudian nenek naik ke dapur ambil raga buluh yang nenek beli dari Kak Bah.Cantik raga tu.Nenek isikan dengan sebotol air masak pandan dan air teh.Nenek tutup raga dengan kain batik lukis tangan Kak nik Som.Lembut batik lukis Kak Nik Som.Warnanya merah jambu,berbunga senduduk merah jambu.Cantik bunga senduduk itu.Kak Nik Som dapat ilham dari bunga senduduk yang tumbuh di tepi tali air kata nenek."Toksei gapo-gapo ke,mak yam wei?" tanya Kak Nik Minah sambil menjunjung bakul yang penuh sarat dengan kueh-kueh dan nasi kerabu,nasi berlauk,nasi lemak,nasi dagang,bihun goreng,mee goreng.Murah-murah.Sebungkus nasi 40 sen,paling mahal pun se-emas sahaja.Tak sampai se-rial pun harga nasi sebungkus.Makmurnya Kelantan.Adik mula-mula balik Kelantan pun tak tahu apa maksud se-emas dan se-rial.Rupa-rupanya se-emas tu 50 sen,se-rial tu pula seringgit.Kalau seringgit lima puluh sen di Kelantan orang sebut tiga-emas."Kak nik..lompat tikam ni berapa satu?"."Tiga puluh sen sahaja mak yam...ni anak Midah ke ni?"tanya Kak Nik Minah kepada nenek.Aaah...ni anak bongsu Midah...cuti sekolah.Kak Nik Minah ambil Kueh Peria dan Kueh Akok, bungkus dalam daun pisang gala lepas tu hulurkan kepada adik."Ambillah makey kueh Peria ni,sedap ni...Kak Na atas banggol buat.Kueh akok ni Kak Wan anak mek Timah yang hantar pagi tadi...lemak betul...banyak telur ni...tu yang sedap tu...makey lah" Kak Nik Minah senyum tengok adik...adik kunyah kueh peria...Sedap.Manis.Intinya kacang hijau lumat."Ni nak ggi mana ni,mak yam?"Tanya Kak Nik Minah..."Nak ggi gali ubi kayu ni...nampaknya ubi kayu atas banggol hilir tu dah besar-besar ubinya.Kalau air bah datang,punah habislah ubi kayu ni carak air.Sambil-sambil ajar Nazri cara-cara gali ubi kayu."...nenek naik atas rumah sekejap sambil turun semula dengan sebungkus ubi kayu."Kak Nik ambillah ubi ni,buat tepung apam ubi kayu." Nenek menghulurkan sebungkus ubi kayu kepada Kak Nik Minah."Susah-susah je lah mak Yam...terima kasih banyaklah deh..."Kak Nik Minah menjunjung bakul pergi ke rumah Mak cik Zah..Adik rasa kagum dengan Kak Nik Minah,untung bukanlah dia berkira sangat,nenek cakap Kak Nik Minah tu orang senang sebenarnya,tapi sebab nak tolong orang-orang kampung Kak Nik Minah tolong jajakan kueh-kueh dan nasi bungkus.Kak Nik Minah ambil untung sepuluh sen sahaja atas se-rial.Tapi memang bagus kerja Kak Nik Minah.Nenek selalu beli kueh-kueh dengan Kak Nik Minah.Kalau tengah hari sikit Klima Bisu akan datang jaja kueh dengan basikal.Adik pun cukup kagum dengan Klima Bisu.Nenek cerita,dulu Klima Bisu tu orang miskin,tidak ada lah orang yang lebih miskin dari Klima.Suaminya pun bisu.Tapi hati Klima tidak pernah bisu.Dulu-dulu dengan basikal mini beraga di depan,Klima Bisu pergi ke Chabang Empat Tok Mek Ngah.Klima telah nekad untuk keluar dari kemiskinan.Orang bisu juga mampu seperti orang tidak bisu.Hari pertama nenek cerita,Klima Bisu keliling kampung dengan basikal jual laksa,laksam,kueh-kueh.Klima Bisu pergi ambil kueh-kueh ni di pasar Chabang Empat dengan modal 20 rial.Tapi hari pertama Klima Bisu berjaya beli sebatang penyapu baru.Tapi lepas sebulan,Klima Bisu beli almari baju..dua tiga bulan lepas tu Klima Bisu beli peti sejuk untuk simpan ikan-ikan.Semuanya bermula dari modal 20 rial.Klima tidak menoleh ke belakang lagi.Bisu bukan penghalang jalan kehidupan.Kalau dulu jual beli dengan sepuluh jari ganti bahasa.Tapi digit makin besar buat Klima Bisu.Sepuluh jarinya tidak tidak mampu lagi berisyarat.Klima Bisu maju lagi nenek cerita.Klima Bisu beli mesin kira.Tekan-tekan.Keluar nombor.Mungkin sikit lagi Klima Bisu boleh bercakap tanpa isyarat lagi.Kerana teknologi makin maju,mungkin Klima Bisu cuma perlu tekan-tekan kamus elektronik dan kamus akan bercakap dalam Bahasa Melayu untuk Klima Bisu.Mungkin lebih maju andai dalam bahasa Melayu Kelantan.Inilah keyakinan nenek.Klima Bisu telah mengubah keadaannya.Merubah dari orang miskin kepada orang berada.Anak Klima Bisu takkan jatuh tangga lagi kerana tangga rumah Klima Bisu sudah berhias.Dapurnya sudah berasap ikan Tenggiri.
bersambung

0 Comments:
Post a Comment
<< Home