Wednesday, May 06, 2009

Setelah sekian lama aku tidak menulis cerita hidupku di dalam diari ini. Tergerak hatiku untuk melakarnya kembali. 28hb Mei 2009 akan genaplah setahun perkahwinanku dengan seorang ustazah J-Qaf.
Tapi apakan daya, EL di Kuching dan aku di Kuantan. EL sudah hampir 5 bulan mengandung. Tahun lepas dia gugur. Hatinya sangat luluh. Aku sedih melihat EL. Setiap kali dia terpandang bayi comel, terus dia dirundung sepi dan keciwa.
Setiap malam aku dan EL cuma dapat berhubung melalui telefon sahaja. Nasib baik ada celcom 1+5. Kalau tidak tentu bil telefon akan melambung tinggi. Sabar ya sayang. Abang akan usahakan agar kita dapat tinggal bersama.

Malam ini abang rasa pening kepala. Siang tadi rasanya terlalu penat. Penat bekerja. Abang buat sedikit rencana untuk pertandingan matematik. Tadi masa sayang telefon abang, abang tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada cerita-cerita sayang. Bukan apa, abang sebenarnya pening kepala. Selamat malam sayang. Abang sayang ayang.

Dzue.