Thursday, September 22, 2005

Bismillah

setelah aku berpening-pening memilih antara dua jalan...maka aku telah memilih satu jalan yang aku rasa baik untuk aku ...setelah berbincang2 dengan mek,ayah,kak ah,Prof Watanabe,diri aku sendiri,...maka bicara hati sebagai penyimpan mohor-mohor besar mengumumkan bahawa tarikh satu Ramadhan ialah...OPsss...silap...
aku membuat keputusan untuk balik Malaysia...yeaahhh...Malaysia...Inshaallah...keputusan ini adalah muktamad sehingga diberitahu kelak...chewwaah...sukkiri(lega) rasa .... rasa beban selama ini terangkat....keputusan ini dibuat setelah aku jumpa dan sembang2 dengan Prof Watanabe...tapi prof watanabe cakap...apa2 pun awak bincang laa dengan Prof Naomi...cuba dengar apa yang dia cakap...tapi saya nasihatkan awak balik Malaysia...
Tapi aku memang suka dan sayang kat Prof Watanabe...sebab dia sangat banyak menolong aku kat Jepun nih...dialah yang cover aku ketika result aku merosot masa tahun dua dulu...aku rileks je tak pening2 tapi dia yang tolong runsingkan untuk aku...sebab aku ditaja oleh kementerian pelajaran Jepun ...jadi kalau result merosot aku kena jawab...tunjuk sebab...dan Prof Watanabe cakap...semester akhir budak ni ada Ramadhan...dia sibuk sikit...adeh...ke situ prof bagitau kat meeting prof2...tak kisah laa...tapi sebab dia bagi alasan camtu...aku terpaksa laa usaha untuk tahun depan supaya...Islam tidak boleh dipersalahkan untuk kelemahan diri aku...Islam always great...kalau aku gagal...there is no any relations with Islam....but if I do success it has great relations with Islam...aku ingat lagi aku gagal mendapat kredit untuk subjek agama-agama dan kebudayaan Jepun yang merupakan subjek wajib untuk naik thaun empat....subjek yang paling aku tak suka...so kesian Prof watanabe...dia yang gi pejabat jumpa pengarah supaya aku dibenarkan ambik subjek am tu kat fakulti lain...suatu yang tidak dibenarkan...tapi Alhamdulillah ...so aku dapat ambik kelas subjek am tu...tapi tema subjek ialah "Jepun dan Bahasa"....aku suka subjek tu...tapi kalau exam...sure fail...mana nak ingat semua2 klasik2 tu..dengan tulisan2 lama...aku tak boleh baca langsung...sebab aku hanya minat Maths dan ekonomi serta Philosofy sahaja...tak pun pendidikan...semua subjek am philosofy,ekonomi dan pendidikan aku lulus dengan cemerlang..ewah2...tapi subjek politik,sistem kerajaan dan kebudayaan aku fail....prof Jepun dan Bahasa tu mintak aku buat kertas kerja je...takyah exam sebab dia paham...kalau budak2 Jepun pun belum pasti leh lulus...so aku tulis tentang sejarah pendidikan negara...
so aku tulis lah sistem pendidikan Pondok..dan kertas kerja aku dapat A...heppi betul aku...aku ceritalah sebab apa sejarah pendidikan Malaysia adalah baru...sebabnya ialah nenek moyang dulu2 adalah Hindu..Nauzubillah...masa dulu hanya golongan kasta tinggi sahaja yang boleh menulis dan membaca sanskrit....jadi sebab itu tak banyak buku2 ditulis oleh anakcucu orang Melayu dulu2...tapi sejak kedatangan Islam..bahasa Melayu ditulis dengan huruf yang dipinjam dari orang Arab dan ditambah beberapa huruf baru...dan dinamakan alpabet ini sebagai "Jawi"...sebab memang perangai orang2 Arab untuk menulis bahasa asing dengan huruf arab...dapat diperhatikan kalau di Jepun ni orang2 Arab belajar bahasa Jepun dengan menulis dalam tulisan Arab dan mana2 huruf yang takde dalam bahasa Arab derang reka huruf baru...dan aku namakannya sebagai "arabiagana"...sesuka hati dan sesedap rasa...sebab itu kita dapat lihat kemajuan tanah melayu pada masa kegemilangan kerajaan Melayu bermula pada zaman kerajaan Melaka...dan buku2 kanun melaka,kanun laut serta batu bersurat dalam tulisan jawi...
jadi sangat perlulah kita bersyukur pada Allah dengan Islam di tanah Melayu...sebab dengan Islam kita dapat sampai kepada zaman yang ada sekarang nih....zaman di mana orang2 Melayu akan menguasai dunia untuk kali keduanya...setelah kita dijatuhkan oleh orang2 yang dengki...Ingatlah bahawa orang Melayu ialah "pengaman Sejagat"..kitalah perwira zaman ini...dunia memerlukan kita....ehhh...jauhnya melencong...dan Prof tu kasik aku A dengan kertas kerja tu...hehehe...masuk bakul angkat sendiri...

sambil2 aku tulis ni aku dengar lagu dari kumpulan Rast album Inspirasi..sedap lagunya..

aku tulis sikit liriknya

Perjalananmu masih jauh,
Sayup beribu batu,
dari mula kau impikan,
gapai cita nan satu,

manapun jalan kau tuju,
bermula dari satu,
atur langkah usah ragu,
semoga diberkati...

bestkan lagu nih...aku terhafal lagu nih...so balik pada cerita aku tadi...so Prof Watanabe suruh aku balik ke Malaysia sebab katanya ...awak dah dapat kerja kat Malaysia ...jangan lepaskan peluang tu...sebab katanya kat Jepun nih orang yang lepas Phd pun susah dapat kerja...awak dah dapat kerja kat Malaysia...saya gembira sangat...dia cakap Phd tu bila2 masa leh buat...awak buat kat Malaysia lepas tu hantar ke Jepun....nanti kitaorang check...nanti kalau ok kitaorang luluskan...yang penting jangan lepaskan peluang kerja kat Malaysia tu...baliklah....tentu mek ngan ayah awak rindukan awak...nanti awak leh datang ke Jepun setahun sekali ke...buat seminar kat sini...yang penting sekarang awak balik dulu....

You are very lucky...kata Prof Watanabe...alhamdulillah...everything coming from Allah and for Him we return...

ari ni aku postkan buku motivasi bahasa jepun yang bertajuk "Bagaimana orang Yahudi menjadi Kaya" dan Cokelat Kobe yang best kepada Luqman....harap berguna untuk Luqman...seorang kawan yang berwawasan...dia tanya berapa harga? uissshh...takyah la bayar sebab buku tu \1000 jek....kalau Luqman berjaya itulah bayaran untuk aku...
takdelah yang aku gembira melainkan melihat orang lain bergembira....




seorang aku

wassalam

5 Comments:

Blogger she-blocks said...

dan mungkin bila nanti,
kita akan bertemu lagi...

selamat pulang ke malaysia dan bertemu dgn tanahair, tanah tumpang darah awak, ye dzue..:)

11:08 PM  
Blogger lunacy said...

will i be able to hear your suara hati once you're back Dzue?

Alhamdulilah, blum pulang dah dapat offer kerja...dlm bidang apa yek? kak lun rasa kalau bidang pendidik sesuai sekalii dgn Dzue..but i doubt it hehe

1:10 AM  
Blogger Aliff Danial said...

Timekaseee....

kak lun-Inshaallah saya akan sambung menulis di Bicara Hati...I'll try my best...mmm...memang bidang pendidikan...di sebuah Unibersiti ***...nanti saya bagitau kemudian Uni apa tu... walaupun hati minat pendidikan...tapi...main impian ialah own a bisnes...do maths as a hobby...do bisnes for a penny...kuehkuehkueh...cita2 panjang macam mat jenin...jangan jatuh pokok kelapa sudah laa...

she-blocks- dan mungkin bila nanti,
kita akan bertemu lagi...


wassalam

4:17 AM  
Anonymous Anonymous said...

terima kasih Dzue tolong uruskan barang kami, nanti beri akaun no. kat e-mail abang yer..

9:53 PM  
Blogger lunacy said...

dzue, sibuk business dan berpuasa eh? update lah..

9:13 PM  

Post a Comment

<< Home