Friday, September 09, 2005

Bismillah

alhamdulillah...akhirnya aku dapat menyambung semula nyawa aku...setelah seminggu nyawa aku dipotong...nyawa??? Internet la tu...takde internet terasa seperti berkampung di bawah tempurung la aku nih...ha sudaah...aku sudah terkena penyakit kronitt "alinterenetis empurung"-sejenis penyakit berjangkit yang boleh berjangkit secara maya.... melalui jaring-jaring internet...ia tidak memberi kesan negatif kepada komputer tapi memberi kesan kepada pengguna internet...terutama sekali mereka yang mempunyai blog...

penyakit ni boleh menggangu tidur..dan menyebabkan hidup terasa sunyi tanpa internet...bahaya wooo...
masih belum ditemui vaksin untuk virus alinterenetis empurung nih...

ari nih aku nak citer sikit pasal qada dan qadar...
sebnarnya aku baru sure selepas baca sebuah hadith yang shahih...bahawa qada dan qadar itu dapat diubah...
bagaimana nak ubah ? ubah dengan doa...
"Tidak akan mengubah qadar melainkan dengan Doa,tidak akan menambahkan umur melainkan dengan melakukan kebaikan,dan seseorang itu dihalang rzekinya disebabkan oleh dosa-dosa yang dia buat"-Hadith riwayat Ibnu Majah (shahih)
maknanya kita tak boleh salahkan takdir la ye...
sebab Nabi SAW telah meninggalkan pesan kepada kita bahawa qadar itu dapat diubah...dengan cara kita berdoa...jom kita berdoa sebab doa itu ialah harapan dan cita-cita...

-Satu kisah tidak benar-

"Milah...kau sedap laa cakap...engkau lahir-lahir dah cantik molek...gebu...tak macam aku...lahir aje kat dunia nih...ketot metot"...keluh Limah...

entah mengapa Limah rasa dirinya sangat kerdil kerana dilahirkan tidak cantik seperti orang lain ...tidak sesempurna Mahsuri...pipinya bak pauh dilayang,hidung mancung bak seludang nyior,mayang ikal rambutnya,bunting padi betisnya...kulitnya bak telur dikupas...puteh...wajahnya bujur sireh...ya...segala-galanya sempurna..
Milah memang cantik...
tudung wardina yang dia serikan menyerlahkan lagi keayuannya...baju labuh yang menyeret lantai itu menambahkan lagi gemalai seorang Milah...kawan baik Limah...
"Limah...kita tak boleh cakap macam tu...semua orang yang dilahirkan ke dunia ini semuanya sempurna..."lembut Milah memeujuk Limah...
"Apa yang sempurna..." tanya Limah ...manik-manik mata mula berjatuhan...
"Cuba Limah bayangkan...kalau semua orang di dunia ini lahirnya dengan jari 3 dan berselaput...dan pada waktu itu Limah seorang sahaja yang lahir dengan lima batang jari tanpa selaput...apa rasa Limah?"...Milah cuba mencari perumpamaan...
"tentu pada waktu itu Limah akan jadi makhluk asing...atau makhluk paling hodoh sekali pada waktu itu..."sambung Milah...
memang benar apa yang dikatakan Milah .Limah cuba untuk menelan kata-kata Milah walaupun pahit...matanya sudah basah..."Milah..tolonglah bagi aku satu nasihat..."pinta Limah...
"Limah...sebenarnya setiap orang yang Allah cipta telah disertakan dengan satu sifat Istimewa mengiringinya...dan satu kelemahan....keduanya saling berlawanan...kelamahn dan kelebihan itu wujud kerana adanya apa yang kita sebut "perbandingan"..."jelas Milah..
"Perbandingan???"terpinga-pinga Limah...
" Ya ..perbandingan...kerana ada perbandinganlah maka akan wujud kelemahan dan kelebihan...kenapa ada orang hodoh?sebab ada orang cantik...kenapa ada orang kurang cerdik?kerana ada orang pintar...jadi dalam diri kita unsur-unsur yang kita boleh tingkatkan sampai ianya menjadi satu kelebihan..." lembut hati Limah mendengarnya...
"teruskan..." pinta Limah
"ada unsur-unsur dalam diri kita yang mempunyai limit,tapi kita masih boleh mencapai limit optimanya...contohnya...wajah kita...kalau kita pandai memilih warna baju,jenis pakaian yang sesuai, tudung yang sesuai...wajah kita nampak berseri...tambah lagi kalau sering berwuduk...akan nampak cahayanya...menimbulkan rasa kasih orang yang melihatnya...bagaikan melihat bulan ...tapi kecantikan wajah kita punya had untuk dicantikkan...jadi cubalah serikan wajah kita seoptima mungkin tanpa mengubah-ngubah dengan dicucuk-cucuk dengan silikon...begitu juga dengan bentuk badan kita...seoptima mungkin kita usahakan supaya menjadi cantik dengan senaman,bangun awal pagi,tidur yang cukup...."
panjang lebar Milah menerangkan...
"bagaimana pula unsur-unsur yang lain?" tanya Limah...
"ada unsur yang kita boleh bangunkan tanpa limit...andaikata kita dapat bangunkannya dan menukarkannya kepada kelebihan maka mata manusia tidak akan tertumpu lagi kepada unsur-unsur yang lemah...."...
berkerut dahi Limah...
"dengan kata lain...unsur-unsur seperti akhlak mulia,kepandaian memasak,menjahit,berceramah,komputer ...adalah unsur-unsur tanpa limit...katakanlah Limah pandai memasak...maka mata manusia akan nampak kepada kelebihan memasak yang ada pada Limah...dan kelemahan Limah akan kabur...dan ianaya akan kabur lagi andaikata Limah pandai menjaga penampilan diri...bermakna Limah sudah mencapai limit optima kelemahan Limah...dan kelebihan telah tertonjol"...
"Kalau Limah asyik mengeluh ..saya tidak cantik...orang lain cantik...kenapa? dan kenapa?...maka Limah akan buang masa di situ...lebih baik Limah cuba jaga penampilan diri Limah sebaik mungkin ...tapi takyahlah mekap tebal macam hantu...dan hidupkan serta bangunkan kelebihan-kelebihan lain yang Limah rasa ada dalam diri Limah...kalau Limah tidak cuba bangunkan kelebihan tu...nanti kelemahan dan kelebihan Limah sama tahap....dan mata cuba mencari manakah tempat hinggap..."
Limah sudah faham...dia mengerti apa yang dimaksudkan oleh Milah...patutlah dia rasa Milah selalu jadi tumpuan ...sebab Milah pandai masak...dan dia cantik...serta dia tidak sombong....dan akhlak Milah itu yang paling utama...sehingga tidak nampak kelemahan pada Milah...padahal bila diteliti betul-betul hidung Milah penyek sedikit...tapi Limah tidak nampak kerana personaliti Milah yang penuh lemah lembut itu telah memberi satu kelebihan kepada Milah dan secara tidak disedari kelamahn yang ada Milah seperti hidungnya yang penyek itu terus kabur....
"terima kasih Milah"...

Limah berusaha untuk menjadi seorang yang lebih periang lagi dan berjanji akan hiasi wajahnya dengan senyuman yang manis dan akan sentiasa berwuduk supaya wajahnya bercahaya seperti Milah...



sekian kisah pendek yang aku reka...Milah dan Limah tidak ada kena mengena dengan semut-semut yang masih hidup atau sudah mati....




wassalam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home