Friday, July 29, 2005

Bismillah

Alhamdulillah setelah sekian lama berjaya juga aku melabuhkan layar di catatan harianku ini.Semalam aku dah hantar proposal untuk Phd aku...entahlah diterima atau tidak..harap-harap diterima...tapi satu je kemusykilan ..."ada duit ke aku nak sambung Phd tu ?" bukan sesen dua tu...main setengah juta Ringgit, boleh buat banglo lapan tingkat..ekekekeke...tapi Inshaallah ada rezekinya...kalau sudah rezeki kita larilah ke mana pun ia akan datang mengejar kita...tapi kena la lalu di jalan yang terdapat rezeki tu...bak kata pepatah aku" kalau kita tak lalu jalan yang ada angsa...masakan angsa nak kejar kita" maknanya kalau kita lalu jalan yang takde angsa...takde la angsa yang nak kejar kita...dalam bahasa mudah..."usaha tangga rezeki"..begitulah seadanya...seperti yang mek aku pesan sokmo-sokmo...buat dulu sungguh,pastu serahlah kepada Allah.. -p/s sila baca dalam lidah kelantan,baru masuk semangat-

hari ni kita belajar sikit lidah Kelantan..yang mana aku suka sesangat... tanda seruan berganda maksudnya P dan N ditekankan !perkataan!

"!Usaha teh dia!" - diucapkan bila kita tengok seseorang sedang berusaha bersungguh untuk mendapatkan sesuatu..

"!Sungguh deh!"- diucapkan kepada orang yang nak buat kerja,belajar,berniaga,mengaji dan sebagainya...even untuk kerja2 tak berpekdah macam kita sebut Gud Luck atau ganbatte dalam Bahasa Jepun..

Cerlang Cerluk - macam biskut chipsmore kejap ada kejap takde...ponteng kerja ke...bermalas-malasan ke...

Sedang molek - merujuk kepada sangat-sangat optima..contoh ayat...sedang molek,kita nak baru nak tepon die,dia tepon kita...

Penggunaan kata ganti nama

Kita digunakan bila bercakap dengan orang tua,dengan ibubapa,tanda hormat dan tanda kekitaan."Mek kita make deh"-bermakna Ibu saya makan ye...

Ambo digunakan untuk melahirkan rasa rendah diri.



Kawe bermaksud "saya" bila bercakap sesama teman..asal perkataan "kawan"

dan sebagainya...

satu perkataan yang sangat aku suka dalam lidah Kelantan ialah "Saing" ,dalam lidah Kelantan "Saing" bermakna sahabat...jadi kalau Bersaing maknanya bersahabat....dan yang pastinya orang Kelantan adalah orang suka "bersaing"...Allah Lagi Tahu...bukan bermakna aku merendahkan bangsa lain...tapi just a step to create a "rasa bangga lahir sebagai orang Muslim dan Melayu" in mypeaceself



wassalam

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Microsoft may dump proposed RSS name
A well-known Microsoft Web logger Tuesday downplayed the proposed use of a new name for RSS in the next version of Internet Explorer following several days of intense discussion about the notion of rebranding ...
Hey, you have a great blog here! I'm definitely going to bookmark you!
I have a credit site/blog. It pretty much covers credit related stuff.
Come and check it out if you get time :-)

10:34 PM  

Post a Comment

<< Home