Goro-goro,gere-gere.goro-goro katak hijau berpagi lagi mamanggil hujan...namun tidak ada langsung tanda-tanda akan turunnya hujan.Lopak tepi pokok pisang pun sudah kering.Bukan itu sahaja anak-anak pisang yang baru tumbuh itu pun mula mengering.Sudah sebulan lamanya katak hijau memanggil hujan namun doanya tidak bersambut.Timbul satu kemusykilan hatinya di dalam dada itu..."manusia melawan Allah lagi ke ni?"...memang manusia suka melawan Allah Taala,kami keturunan binatang tidak diberi kebebasan memilih,tapi kenapa manusia mensia-siakan kebebasan yang Allah Taala kurniakan kepada mereka....kasihan pokok kankung mak cik yah...nak hidup segan mati tak mahu...banyak yang dah kering.Bunga-bunga rumput tepi lopak air pun sudah mula kering...sedih katak hijau kerana bulan keempat tahun ini tidak akan memberikannya kuntum bunga-bunga rumput ungu.Bulan keempat memang bulan rumput-rumput dan deredap akan berbunga...Namun tahun ni tak dapatlah dia menikmatinya...sambil-sambil melompat-lompat dari batas-batas padi di baruh pak cik Leh.Banyak sepat dan puyu yang mati kekeringan.Tersungkur katak hijau setiap kali dia menutup hidungnya dari bau bangkai ikan puyu."Nak gi mana tu adik Tak?"-melilau juga katak hijau mencari dari mana datang suara itu..."kat sini!" -suara datang dari sebuah lopak yang hampir-hampir kering."OOhhh cik wan... apa khabar cik wan? panas-panas begini..." katak hijau berbahasa dengan haruan kurus yang sedang berendam dalam lopak. " Macam ni lah dik Tak oii...nak buat camner..nak berenang pun tak boleh..kalau seminggu dua lagi tak turun hujan...mintak maaf la ye dik Tak...takut-takut kita tak boleh jumpa lagi dah."..sebak hati adik Tak mendengar cetusan rasa haruan kurus tu.Dia berjanji akan pergi mencari orang-orang baik agar mereka akan berdoa kepada Allah Taala meminta ampunkan dosa-dosa orang yang melawan Allah dan semoga Allah mengasihani kami dengan menurunkan hujan untuk kami..."Ya Allah turunkan hujan kepada kami,kepada tumbuh-tumbuhan yang sangat memerlukan hujan.Ya Allah maafkanlah manusia yang melawan mu itu..."meleleh air mata di kelopak mata katak hijau



0 Comments:
Post a Comment
<< Home