Wednesday, February 09, 2005

Bismillah

نظفت غرفتي في هذا الصباح. هل نظفت غرفتك؟أمس ذهبت إلى مدرسة اشييا لمقابلة

ari nih ntah camner alu leh terbelek diari yg aku beli kat Oita,pulau Kyushu ..Diari Perancangan Eksekutif Islam...masa program "Fuyu Gathering 2004" a.k.a "Pertemuan Musim Sejuk 2004"...Aku macam biase laaa....tiap-tiap tahun ada diari..pastu tulis sampai January pastu sambung tahun berikutnya nyer january...sib baik ade blog nih...leh gaks aku meluahkan apa tersirat di hati..uhu uhu...Sebenarnya dalam setiap diari aku ada tercatat peristiwa dan orang yang kutemui.Di situ aku mintak orang yang aku kasihi menulis nama ,alamat kalau sudi,tandatangan dan "time capsul"-apa yg die nak jadi pada masa akan datang- Jadi sekali sekala aku belek2 tengok memori lepas.Tengok samada dah ade ke belom orang-orang yang sudah mencapai "time capsul"nyer...Tapi aku bangga bile baca tengok...

ada yg nak jadi PM, ada yang nak jadi Pensyarah,ada yang nak jadi bisnesman ,ada yang nak buat master dalam solar energy mengabdikan diri mencari sumber tenaga baru,ada yang nak jadi pekerja Allah Taala,ada yang nak jadi petani yang berjaya,ada yang nak jadi "kawan aku" yang berjaya,ada yang nak tolong femili,ada yg nak jadi researcher scientific,ade yang nak jadi orang yang diredhoi Allah,ada yang nak jadi mukmin berjaya,dan ada yang ingin jadi suami soleh,dan ada yang nak jadi bapa yang dihormati oleh anak-anak-"tak pernah aku terfikir cita-cita murni sebegini"-.Andaikata derang2 ni sumer dapat membuka "time capsul" tu akulah orang yang paling bangga ...oh Allah mudah-mudahan mereka ditunjukkan jalan itu...

semoga aku pun jadi seperti mereka2 ni...amiin.Sejak aku dilahirkan inilah ikatan yang aku rasakan paling manis.IPIJ-ikatan persaudaraan islam Jepun-Kami bagaikan adik beradik.Yang kecik panggil adik...yang dah besar panggil abang-kakak.Saling dorong mendorong antara satu sama lain.Saling nasihat menasihati.Saling sayang menyayang.Tapi sedih sebab-sebab abang-abang dan kakak-kakak ramai yang balik tahun nih...tinggal berapa kerat je lagi...yang lain semua adik-adik..uhuks-uhuks..teruskan usaha adik-adik semua kerana adik-adik juga akan menjadi abang dan kakak suatu hari nanti....ingatlah adik-adik semua akan jadi abang dan kakak bila sakura menguntum di musim bunga yang tak lama lagi akan menjelma.Dah tak boleh nak manja-manja lagi dah tau....belajar buat sendiri segala-segala.Ganbatte nee...

lawati portal www.ipij.org/



seres-seres,seras-seras....daun-daun bergeseran sesama sendiri menghasilkan irama curiga.Siapakah gerangannya menghayunkan kakinya menelusuri denai-denai pokok sina itu.Chiku cha-chiku cha aa...sergah biawak kerapu dari belakang katak hijau yang kacak itu..."amboi-amboi kau ni biawak kalau tak menyakat aku satu hari tak boleh ker?"..."mana adik kau? lama tak nampak...?"....tanya biawak sambil memuncungkan bibirnya..."adik aku ..biasalah katak berwawasan...nun di sana sedang mengejar pelangi."...uhu uhu terbatuk biawak kerapu."kau buat ape tu Tak?"...musykil dengan bunga-bunga rumput yang dikutip katak hijau...bunga-bunga rumput memang cantik cuma kekadang manusia tidak perasan.Setiap kali angin bertiup bunga-bunga rumput yang berwarna ungu dan merah jambu mengetap kelopaknya agar tidak dilarikan angin."aku nak keringkan bunga-bunga rumput ni...nak suruh merpati tolong kirimkan buat kakakku yang dah lama aku tak jumpa...di Putrajaya.Hidup kita ni biawak kenalah selalu saling hadiah menghadiahkan supaya lahir rasa kasih sayang "....sambil menghulurkan sekuntum bunga mekar sepuluh warna merah meran kepada biawak...maka terkejutlah biawak kerapu sambil berbahasa " terima kasihlah Tak, aku nak letak kat mana bunga tu...nak pegang karang tak leh jalan pulak...kang jadi cam -umpama memberi bunga kepada kera-"...tanpa menyedari di atas pokok jambu air mawar bersuara "amboi-amboi mentang-mentanglah aku tak nampak sesedap hati je jual nama aku..."-muncung monyet sambil mengunggis jambu."kak mawar kita lastik je lah monyet tu...nanti abis jambu kita..."



要说什么要看看要听听...



0 Comments:

Post a Comment

<< Home