Friday, February 04, 2005

Bismillah

استيقظت في هذا الصباح مبكرا0هل استيقظت مبكرا؟

Istaiqoztu-aku bangun tidur.Dua tiga hari lepas aku tengok TV jepun menceritakan masalah kanak-kanak Jepun yang sudah malas untuk membaca.Sudah tidak seperti generasi lalu.Balik sekolah game!game!gimme game!....Jadi setelah dibuat kajian rupanya salah ibubapa dan sekolah.Ibubapa suruh anak baca buku tapi ibubapa tengok TV.Ibubapa kena wujudkan persekitaran membaca."Mulakan dengan ibubapa membaca"...kata seorang Prof.Buku-buku di sekolah sudah lama..buruk ... katanya lagi sedari kecil ibubapa mesti cuba bacakan anak2 buku sebelum anak tidur...Aku menambah pula"Bacakan Al-Quran dan tafsirnya sewaktu anak-anak kita mahu tidur supaya anak-anak kita punya wawasan dan tenang tidurnya"


Tik!Tik!Tak!Tak! bunyi air yang menitis dari bujur sirih yang menjunjung batang jambu air yang sudah usang,menitis titik demi titik ke dalam tempayan guri.Katak-katak hijau melompat riang kerana disangkanya hujan akan turun.Lalu berlarilah katak-katak hijau menuju ke tempurung kelapa mencari tempat berteduh.Namun ditunggu-tunggu tak kunjung tiba manik-manik hujan.Lalu disapa semut yang hidupnya sentiasa berteman "kenapa sudah ke tempurung? bukankah guruh belum berbunyi?"...Termangu katak hijau..."kenapa aku tidak mahu menjadi seperti semut hidup berkawan,langkahnya berhemah".Katak hijau pun memaut tangan-tangan ayahnya,ibunya,abang-abangnya,kakak-kakanya,adik-adiknya menuju ke kolam tempayan guri untuk mandi manda..."mak! katak hijau dalam tempayan!"-jerit Mawar


很好的星期六...




0 Comments:

Post a Comment

<< Home