Bismillah
Semalam pergi masjid. Uisshhh gembira betul Mr. Abdul Nur Anthony dengar berita aku.Ye la...dia beriye benar nak aku kerja kat UIAM.Inshaallah.Imam pun happy.Tapi Imam sedih gak ler sebab kalau aku balik Malaysia siapa nak sambung mengajar kat Masjid tuh.Tapi mesti ada orang lain yang lebih baik dari aku untuk mengajar ye dak.
Mulai semalam aku dah mula pulun Bahasa Mandarin ngan Bahasa Arab aku. Ye la ...aku nak tulis dalam resume aku ,paling kurang pun " good" dalam penulisan,pembacaan,dan pertutran.Inshaallah.Aku beli ngan Ahmad anak Tok Imam Majalah Assoghir Arabiyun.5oo yen sebijik buku tuh.Aku rasa tak sampai 2oo yen pun buku tuh.Tapi dakpe la...sekali sekala.Untuk ilmu ni kita kena la melabur sikit.Kalau aku dah boleh cakap Arab dengan fasihnya,takde nilai sangat 5oo yen tuh.Tapi aku memang dah habiskan beratus duit untuk bahasa Arab.Sekarang Alhamdulillah aku dah kuasai sikit-sikit.Aku kuasai bahasa baku la. Bahasa Loghat dak lagi.Tapi lo ni aku dah boleh faham isi Al-Quran.Dulu kalau dengar Al-Quran macam orang baca mantera.Satu habuk pun tak paham.Mana perkataan yang sipi-sipi dengan BM tu boleh la aku agak-agak.Tapi lo ni Alhamdulillah.Memang masih banyak lagi kena buat.So aku nasihatkan korang belajar ler bahasa Arab.Mesti korang akan rasa apa yang aku rasa.Aku rasa patut benar kerajaan wajibkan Bahasa Arab sebagaimana BI.Lagipun orang Malaysia nih pandai-pandai semuanya.Setakat 4 ,5 bijik bahasa tuh biasa jek.
Lepas balik Masjid dalam kul 8.30 aku gi kaikan.Sya,Fadhi,Picot masak.Aku sampai dah ramai dah kerumun meja.Kesian tengok....dah sejuk dah mihun tu dek tunggu aku....lepas tu kitaorang pun apalagi makan ler....huiiyyo sedap tul mihun tomyam.Sapa ntahh chefnya.Hasnan ngan aku jek lelaki.Mana ntah Meri a.k.a Faisal pergi.Lesap.Tadi dia yang beriya-iya tunggu kat meja.tengah-tengah makan,aku nampak Kai kat pintu,intai-intai.Dia segan agaknya nak masuk.Cepatlah masuk Kai..aku ajak...tapi dia tak perasan agaknya.Tengah borak-borak dan makan tuh Angeline datang.Dia nak panaskan mende ntah.Kurma Cina yang merah tu...dulu aku pernah makan gak.Sedap gaks..Angeline letak periuknya kat dapur tu join kitaorang sembang-sembang.Aku suka kat Angeline nih.Best menyakatnya.Tak macam cina.Bahasa Melayu dia memang fasih.Tak ada telor-telor.Ntah tak terasa pun dia nih Cina.Best gak dengar celoteh dia.Hasnan pun suka menyakat dia.Lepas tuh Bidi datang.Sian Bidi.Dah nak abis dah Tomyam tuh....Tapi nasib baik derang ada simpan khas untuk Bidi.Bertuah kau Bidi.Dah makan-makan tengok jam agak-agak kul 1o malam.Dah malam rupanya.Angeline tak siap-siap lagi kurma rebus dia tuh.Angeline dan kurma-kurmanya.
Tinggal la Sya and the gang mengemas meja-meja pinggan mangkuknya.Gemercing sudu garfu.Walaupun kitaorang tak pakai sudu pun.pakai kayu kepit ....Masa sembang-sembang tadi sempat kitaorang melawak.Sempat aku terjemah eskalator "tangga bergerak".Hasnan pun tambah kalau camtuh lif tu jadi "bilik bergerak" la ye...aku siap cakap ada dalam mukasurat 5 kamus dewan.Pastu Sya cakap "mana boleh muka surat 5,sebab dia mula dari huruf B.So dia kata mesti mukasurat 45." Tergelak sakan. Tapi aku gelak 3 kali jek.ha ha ha.Pastu Angeline pulak cakap pasal "papan ibu"...apa tu Angeline...dia cakap tu la "mother board".
Tapi bagi aku,sebenarnya istilah-istilah ni memang ler mula-mula nampak kelakar tapi bila dah lama guna jadi bias.Mungkin jadi gempak macam Kuala Lumpur.Sekarang sebut Kuala Lumpur fuyyo nampak hebat.
Lepas tuh bergerak ler aku, Hasnan (teman serumah),kai,bidi (sedara aku),meri dengan " bilik bergerak" dari tingkat 6 ke tingat satu.Tapi aku ngan bidi berenti kat tingkat 3.Gi tengok bilik Bidi japs...ada kelass gitu ... bidi dengan komputer barunya.Aku nyer komputer dah layak ke pelupusan.lama gak borak-borak ngan bidi.Bidi citer pasal abang dia.AKu tak pernah jumpa.Tapi abang aku sokmo jumpa dia.Ye lah satu pejabat polis.Dua-dua inspektor.Aku pulak bertemu dengan bidi kat jepun nih.Dulu kat Malaysia aku tak pernah jumpa pun.Betul la orang Kelantan nih semuanya bersaudara.Pergi mana-mana pun bersaudara.Kat Kelantan bergaduh,dan mungkin tak pernah bercakap.Tapi bila keluar dari Kelantan.Semuanya jadi saudara.Tak percaya tengok lah.Sebenarnya orang Kelantan telah diajar budaya "mengusul" sejak dari kecil lagi.Aku harap budaya ini berkekalan.Mengusul maksudnya mencari kaitan salasilah.Katakanlah dua orang kelantan bertemu.Mula-mula sekali derang akan tanya "dok mano?" ..."kawe dok Pasir Mas".."Pasir Mas alik manno?" .."Alaa...belakang kedai Pak Amat hidung kat tengah tu"..."kawe ada saing(kawan) situ nama dia Seman,kenal dia tak?" ..."Bakpo tak kenal nyo...dia tu sepupu kawe belah mek"..."kalu ggitu gak tak jauh la kita nih..."..."ooo ttemu sedara sinni..kalu juppo tegur deh"...maka apabila sudah kenal lepas hati mula bertaut dan rasa setiakawan mula berbuah.
Sedap-sedap borak-borak ngan bidi,sedar-sedar dah pukul 11.30 malam...kalau aku lambat kang abis tren ... jalan kaki besok baru sampai ler gamaknya.Nasib baik dah solat Isyak kat masjid Kobe...boleh lenggang sket jalan balik.Ingat nak balik rumah....Tapi tidur rumah abg zari je la...Abg Zari balik Malaysia.Abg Zari mintak aku tidur situ sekal-sekala.Ye la...takde orang kang berkulat pulak rumah tuh.Sampai rumah abg zari dalam kul satu.Aku terasa lapar,singgah beli makanan sikit kat Family Mart.Masak Megi.Makan.Ingat nak check berita.Tapi Uwaaaa...internet umah abg zari dah dipotong.Abg Zari silap faham aku rasa.JCom potong TV ngan Internet sekali.Tak silap aku Abg Zari suruh potong TV saja.Tapi takpe la...aku ambik futon.Tengok TV japs...buang masa nampak.Baik tidur piye. Aku tutup lampu.Buka satu lampu jek kat bilik komputer.Tarik futon(baca:toto).entah biler mata aku pejam.Babai...jumpa esok.aku nak bermimpi japs.mintak-mintak mimpi best.hmmm.hmmm.Tapi sebelum tidur jangan lupa baca ayat kursi dan tasbih 33kali,tahmid 33 kali,takbir 34 kali.
babai...
wassalam
jumpa esok

0 Comments:
Post a Comment
<< Home